Aku telah dilahirkan dengan begitu sempurna,
seluruh tubuhku cukup sifat,
tiada sebarang kecacatan pada diriku,
Aku dibesarkan dengan ilmu agama yang sangat cukup,
Aku masih diberikan kehidupan,
Kehidupanku yang singkat ini,
Selalu ku tertanya2,
apakah matlamat hidupku di dunia ini?
Aku nk jd apa sebenarnya?
doktor?peguam?guru?
Cukuplah aku sebagai hamba yang taat kepadaMU,
Namun, di dalam kancah kehidupanku,
Aku telah mendapat pelbagai ujian,
Ujian yang kadang2 aku meraskan mengapa diberikan padaku?
Aku selalu persoalkan diri itu dan ini,
Aku merasakan ujian ini sangat berat bagiku,
Tapi aku lupa bahawa Allah beri ujian mengikut kemampuan hambanya,
Ujian demi ujian telah ku lalui,
Tapi bukan semua ujian aku berjaya, kebnyakannya aku tewas,
Tewas dek nafsu yang membuak2,
Ya Allah apa yang aku lakukan ni?
Apa yang aku dah buat ni?
Kenapa begitu selamba aku membuatkanMu murka?
Satu hari sesuatu telah berlaku pada diriku,
Di saat ujian itu datang, aku dalam keadaan hilang arah,
Hilang arah tujuan,
Walaupun aku tahu tujuan hidupku sebagai khalifah di bumi Allah ini.
Namun, aku tetap buat2 tidak sedar..
Sekarang, aku telah sedar,
Sedar dari lamunan hidupku yang telah musnah dahulu,
Aku ingt masih tiada ruang bagiku untuk berubah,
Apabila ku bangun daripada tidur,
Aku masih melihat bumi ini,
Aku masih melihat mak ayah aku,
Aku masih melihat sahabat2 ku,
Aku masih melihat orang yang menyayangiku,
Allah...terima kasih Ya Allah kerana masih memberikan kehidupan kepadaku,
Semata-mata untuk melihat aku bersujud padaMu..
Ya Rabb, alangkah besyukurnya aku,
Kerana diriku masih ada di bumi ini.....
Masih belum terlambat untuk aku perbaiki diri ku...Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment